Mar 4, 2010

Qadha' dan qadar Allah, saya terima seadanya.

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum kami menjadikannya.. (Al- Hadid:22)

Jangan anda merasa gundah dan bersedih dikeranakan sesuatu penyakit, kematian yang semakin dekat, atau kerugian harta. Sesungguhnya merupakan sesuatu yang telah Allah takdirkan dan semua yang telah menjadi takdir Allah pasti terjadi. Kita tidak mempunyai pilihan lain, sebaliknya menerima takdir itu, kerana Allah lah yang berhak menentukan. -La Tahzan, Dr. Aidh bin Abdullah Al- Qarni

Tujuh hari lagi.
Er. Sebelas Mac 2010

Ya, sesungguhnya seminggu terakhir yang sangat memedihkan.
Saya tahu, qadha Allah pasti akan terjadi, tidak kira buat yang menolak mahupun yang menerima.

Dalam masa yang sama,
Saya juga yakin dengan janji Allah.

...berdoa lah kepada kepadaKu, nescaya doa kalian akan Aku perkenankan (AL- Mu'min:60)

Ya Allah, saya sepenuh hati menyerahkan semua hal kepada takdirmu. Mudahannya jiwa saya tenang menjalani semua yang memang harus saya tempuh. Sekiranya terjadi sesuatu yang tidak saya mahukan, itu adalah ketentuan yang perlu diterima hati. :)

Siapa menanam, dia akan menuai. Dengan izinNya, Amin.





No comments:

Post a Comment

Comment

 

Template by BloggerCandy.com