"Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan kebaikan. Serta berpalinglah daripada orang- orang yang bodoh."
Memberi pertolongan kepada seseorang itu adalah dituntut supaya hubungan komuniti sesama manusia *highlight: kawan- kawan* itu menemui keharmonian yang berpanjangan. Namun, kita perlu berhati- hati dengan setiap pertolongan yang diberikan. Jangan sampai pertolongan itu menggalakkan kepada perkara- perkara berlawanan dengan norma- norma kemanusiaan.
Oleh sebab itu lah pentingnya memilih kawan. Bukan untuk membezakan status ketinggian sesama manusia. Ini adalah kerana dasar memikirkan sesuatu yang terbaik buat diri kita sendiri.
Sedarlah, tidak semestinya setiap pertolongan itu menjadi penawar bagi kedukaan dan kesusahan sahabat kita. Sekiranya ia dilakukan untuk perkara yang tidak baik, ia adalah racun untuk sahabat kita. Malahan, racun itu juga akan menular kepada diri kita sendiri.
Peranan seorang sahabat sebenarnya terhapus setiap kali dia membantu untuk melakukan kejahatan. -Chit Chat Remaja Mengenai Sahabat, M. F. Abu Bakar.
______________________________________________________
Saya dan teman- teman lain ikhlas membantu. Namun, saya dan teman- teman lain risau teman saya itu semakin agresif melakukan perkara yang salah dan tersalah erti pertolongan yang diberikan. Mungkin, teman saya itu beranggapan saya dan teman- teman lain menyokongnya.
Saya dan teman- teman lain juga risau, pertolongan yang diberikan selama ini lebih menghanyutkan teman saya itu dan sekali gus menyebabkan saya dan teman- teman lain terhanyut bersama.
Justeru, bagaimana ya? Tidak perlu mengambil tahu langsung perihal teman saya itu? Kami sayangkannya :) *sekali lagi, mengeluh panjang*.
No comments:
Post a Comment
Comment