1) Yang Maha Esa, kerana mempermudahkan urusan peperiksaan saya, walaupun banyak dugaan melanda. Segalanya berjalan lancar. Terima kasih Allah!
2) Umi, sudi hantar dan setia berdiri di luar dewan sepanjang peperiksaan berlangsung. Terima kasih, sanggup menunggu, menghantar dan mengambil saya di kelas walaupun ada waktunya tengah malam. Terima kasih, kerana memahami kehendak saya. Terima kasih! Sesungguhnya pengorbanan mu tak akan mampu saya bayar.
3) Abah, untuk doa dan sokongan yang tidak terhingga. Terima kasih. Mudahan keputusan saya nanti menjadi penawar paling mujarab
4) Pakar Perdana Specialist dan Hospital Universiti Sains Malaysia, terima kasih yang tidak terhingga atas layanan baik yang diberikan.
5) C Rosli dan C Mazinah, terima kasih. Keduanya memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan pelajaran saya. Jasa kalian akan dikenang sampai bila. Rindu kelas hingga dua belas tengah malam, lapan hari seminggu.
6) Sekolah tercinta, mula dari tiga tahun di Tadika Islam Qudwah, enam tahun di SK Parang Puting, setahun di SK Zainab (2), enam bulan di Sekolah Seri Puteri CBJ, dan seterusnya SMK Zainab (1). Juga, untuk tawaran dari Kolej Islam SAS, terima kasih!
7) Guru guru sekolah. Terutamanya cikgu- cikgu SEMENZA, sangat menghargai budi kalian. Sebetulnya, banyak ilmu kehidupan yang saya belajar dari cikgu- cikgu. Mohon maaf juga atas kelakuan yang sedikit nakal. heh. Bagi Anugerah Khas Pelajar Paling Aktif Kokurikulum 2009 dan Tokoh NILAM SEMENZA 2009, terima kasih kerana memilih saya. Terima kasih untuk penghargaan yang diberikan. Sesungguhnya semua bakti yang dilakukan adalah kerana Allah semata- mata.
8) Rakan rakan terhebat, terima kasih. JBs, Cekals, Batch form 5/09, terima kasih untuk segalanya. Susah senang, kita bersama. Semoga cita- cita yang diimpikan menjadi kenyataan :)
9) Beberapa individu, yang tidak disebut namanya disini, terima kasih banyak! Mungkin belum masanya, mudahan kita berkawan selamanya.